Sabtu, 5 November 2011

Penternakan Arnab Pedaging Secara Komersial (Part 2)

    (1) Saiz Ekonomi yang sesuai bagi Penternakan Arnab Pedaging
  •  Untuk hobi atau permulaan boleh menggunakan satu set iaitu satu pejantan (arnab jantan dewasa) dan 5 ekor induk (arnab betina dewasa)
  • Untuk secara sampingan pula boleh mulakan secara sederhana besar iaitu 50 induk dan 10 pejantan
  • Untuk pengeluaran secara penuh masa boehiah memulakan 500 induk dan 100 pejantan

    (2) Ciri-Ciri Pemilihan Kawasan yang baik untuk Penternakan Arnab Pedaging
 
    Beberapa ciri yang boleh dijadikan garis panduan dalam pemilihan sesuatu kawasan untuk menternak arnab seperti dibawah:
  • Berhampiran dengan pusat jualan dan pemprosesan
  • Jauh dari kawasan industri, perbandaran, perumahan dan aktivfti ternakan/ ternakan lain
  • Mempunyal kemudahan infrastruktur seperti jalan, bekalan letrik, dan sumber air yang bersih
  • Peredaran udara yang baik dan memuaskan
  • Dataran tanah membolehkan kedudukan panjang bangsal dibina secara selari dengan arah terbit/terbenam matahari
   
    (3) Kepentingan Menyimpan Rekod dalam Penternakan Arnab

    Kepentingan menyimpan rekod adalah untuk:
  • Mengetahui jumlah ternakan arnab mengikut peringkat umur, jantina dan baka
  • Untuk mengetahui pretasi setiap ekor terutama dalam pemilihan anak untuk dijadikan baka
  • Untuk memudahkan program pembiakan
  • Memudahkan kerja harian seperti menguruskan (mengendalikan) arnab yang bunting, beranak dan menjalankan proses cerai susu
   
    (4) Makanan
  • Makanan ini boleh dibeli dikedai-kedai makanan ternakan arnab dan dikeluarkan dalam beberapa jenama. Makanan ini berbentik pelet atau untilan yang keras, yang mempunyai saiz garispusat 4 mm dan paniang 2-3 sm.
  • Diisi dalam beg-beg dan berat setiap beg mengandungi 50 kg pelet. Makanan ini mengandungi segala zat-zat untuk pertumbuhan badan arnab sekurang-kurangnya pada kadar kuantiti yang minimum. Disamping itu makanan ini boleh disimpan untuk jangka masa yang lebih lama dalam stor dan boleh digunakan apabila dikehendaki.
  • Masalah dalam pengunaan makanan ini adalah mutunya tidak tetap. Juga banyak untilan yang mudah pecah dan lebih banyak berdebu. Kerapkaii kandungan zat-zat tidak tetap dalam setiap beg makanan yang dibeli. Oleh itu pilihlah jenama dari pengeluar makanan arnab yang disyorkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan.
  • Kerap kali, apabila berlaku masalah ini, penternak menukar makanan arnab kepada jenama lain. Perbuatan ini adalah tidak digalakkan, kerana akan memberi masalah yang lebih besar kepada arnab seperti kembung dan boleh mengakibatkan kematian.
  • Kalau perlu membuat penukaran makanan (atau memberi makanan yang baru dibeli walaupun dari jenama yang sama), lakukan percampuran dengan makanan yang sedia ada secara perlahan-lahan dalam masa 1 minggu. Jangan lakukan pertukaran secara mendadak atau sekaligus.
   
    Makanan tambahan : Adakah Daun-Daun Kering boleh diberikan kepada Arnab Pedaging?
  • Pemberian bahan hijau ini hendaklah diingati sebagai makanan tambahan sahaja. Jumlah yang patut diberi adalah mengikut jumlah yang boleh dimakan oleh arnab itu.
  • Bahan-bahan hijau yang boleh digunakan seperti daun keledek dan daun kangkung. Lebihan kegunaan dapur juga boleh dimanfaatkan seperti daun kobis, sawi dan kacang panjang. Satu perkara yang perlu diambil perhatian dalam pemberian bahan hijau ini ialah kebersihan dan kandungan air pada bahan hijau tersebut.
  • Untuk ini daun-daun tersebut hendaklah dibasuh dulu beberapa kaii dan kemudian dikeringkan pada panas matahari selama 2-3 jam. Kemudiannya bolehlah diberikan kepada amab.
  • Lebihan sisa-sisa bahan hijau pada keesokkan harinya hendaklah dibuang, dan jangan digunakan lagi.
  • Makanan utama iaitu makanan pelet arnab hendaklah diberikan dan boieh didapati dikedai jualan makanan ternakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan