Jumaat, 4 November 2011

Penternakan Arnab Pedaging Secara Komersial (Part 1)

    (1)   Bagaimana Menternak Arnab Daging Secara Komersial?
    
    Peternakan arnab daging secara komersial hendaklah meliputi dua bahagian utama yang saling berkaitan tetapi dalam sistem pengurusan yang berbeza sedikit iaitu:-
  • Unit pembiakan baka
    Penternakan untuk pembiakan baka adalah untuk menghasilkan baka baka mengikut jurusan tertentu, dalam hal ini adalah jurusan pedaging, dan kumpulan ini dipangil stok induk. Dari stok lnduk ini pula melalui program pembiakan yang di tetapkan akan menghasilkan pula stok induk tual.
  •  Unit pengeluaran daging
    Kumpulan stok induk tuai tadi dengan melalul program pembiakan akan menghasilkan pula anak-anak. Semua anak-anak ini akan digemukkan dalam masa 2-3 bulan untuk mendapatkan dagingnya.

    Penternakan arnab selain untuk pengeluaran daging juga digunakan untuk pengeluaran fur (kulit bersama bulunya) dan wol (bulu). Bagaimanapun cara pengurusan adalah belainan sedikit.

    (2) Apakah Baka Arnab Yang Sesuai Diternak Untuk Pengeluaran Daging Secara Komersial ?

    Baka-baka yang sesuai untuk pengeluaran daging adalah seperti:
  • New Zealand 
  • WhiteCalfornian
  • Carolina
  • New Simonare
  • Sepanyol
   
    (3) Apakah Perbezaan Arnab Baka Import dan Arnab Baka Tempatan?

    Amab tempatan mempunyai berbagai warna yang bertompok seluruh badan. Keistemewaan amab tempatan ini adalah mempunyai lebih ketahanan terhadap serangan penyakit tetapi kadar tumbesarannya lambat. Untuk permulaan boleh juga menggunakan amab tempatan. Tetapi untuk pengeluaran komersial adalah digalakkan menggunakan baka pedaging.

    Pemillhan baka Peddging biasanya diimport diimport di atas adalah kerana berapa cirl pedaging yang ada pada amab import lebih ketara berbanding pada amab tempatan, seperti:
  • Purata bilangan anak peranakan 7-9 ekor
  • Purata bilangan anak masa cerai susu 6-8 ekor
  • Berat akhir boleh dicapai pada masa umur 2 bulan
  • Berat dalam masa dua bulan adalah lebih kurang 2 kg

Tiada ulasan:

Catat Ulasan