Sabtu, 5 November 2011

Penternakan Arnab Pedaging Secara Komersial (Part 3)

    (1) Pembiakan Arnab
  • Cara menyatukan arnab
    Masukan arnab betina dalam sangkar arnab jantan. Jangan lakukan sebaliknya, kerana arnab betina mempunyai "territorial behaviour" yang kuat dan akan menyerang serta mungkin akan membunuh arnab jantan tersebut.

    Masa mengawan antara 1-5 minft sahaja. Kemudian ambil semula arnab betina dan kembalikan dalam sangkarnya. Jangan tinggalkan arnab betina dalam sangkar arnab jantan tersebut lebih dari tempoh tadi.

    Lakukan waktu proses mengawan amab ini dalam keadaan cuaca yang selesa seperti awal pagi atau lewat petang. Elakkan proses mengawan diwaktu tengahari kerana suhu yang tinggi akan mengurangkan kadar kesuburan.

  •  Tempoh Waktu yang sesuai bagi Arnab Betina Mengawan (Setelah Beranak)
    Pada keadaan semuiajadi (di hutan) arnab betina akan mengawan semula dalam masa 24-48 jam selepas beranak. Keadaan ini tidak digalakkan dalam penternakan arnab komersial, kerana arnab betina tidak boleh digunakan lebih lama.

    Dalam pentemakan amab komersial arnab betina akan dikahwinkan semula dalam tempoh antara 3-4 minggu selepas tempoh beranak. Ataupun dalam masa proses anak cerai susu, arnab betina tersebut boleh dikhawinkan semula.

  • Kekerapan Mengawan (Arnab Jantan)
    Arnab jantan dewasa yang subur hanya boleh digunakan sekali dalam masa 3 hari ataupun 3 kali seminggu. Ada juga yang mengsyorkan pengunaan 2 kali sehari dan kemudian direhatkan selama 3 hari. Pengunaan pejantan boleh dftingkatkan secara pelahan kepada sekali sehari.

    Pengunaan arnab jantan yang berlebihan akan mengurangkan kadar kebernasan dan kesuburan. Menggunakan seseekor penjantan yang terlalu kerap boleh menjejaskan keupayaan seksual arnab penjantan tersebut.

  • Cara Memastikan Proses Mengawan yang Sempurna
    Untuk memastikan arnab tersebut sudah mengawan lalah apabila arnab jantan memanjat arnab betina untuk seketika dan kemudian arnab jantan akan menurunkan badannya seperti keadaan mengelunsur kebelakang atau terlentang.

    Untuk memastikan kebernasan, proses mengavvan yang pertama pada jam 8-10 pagi dan yang kedua boleh dilakukan 5-6 jam selepas proses mengawan yang pertarna. iaitu pada waktu petang.

  • Temppoh Bunting (bagi Arnab Induk) dan Tanda-Tanda
    Tempoh bunting amab betina antara 29 hingga 31 hari lagi. Bunting berat adalah pada minggu keempat kebuntingan. Pada peringkat lni kotak sarang beranak bolehlah diletakkan dalam sangkar amab tersebut. Tujuannya adalah supaya amab tersebut dapat menyesualkan dirinya lebih awal dengan kotak sarang tersebut.

    Tanda-tanda arnab tersebut hampir beranak jelas kelihatan pada hari ke 27-29 dimana ia akan berkeadaan gelisah dan kemudian akan mencabut bulu dari bahaglan bawah perutnya serta membuat sarang beranak dari bulu tersebut.

    Pada keadaan ini arnab tersebut hendaklah dibiarkan bersendirian dan jangan digangu, melainkan jika untuk menukarkan kotak sarang. Makanan dan minuman hendaklah disediakan secukupnya.

  • Mengenal Pasti Bunting Palsu
    Terdapat juga kejadian apa yang dipanggil "bunting paisu", keadaan ini boleh dikesan pada masa kebuntingan hari ke 12 -17, pada masa itu arnab telah menunjukkan tanda-tanda hendak beranak dengan cuba membuat sarang dari bulu yang dicabut. Jika keadaan in! dikesan, arnab betina tersebut hendaklah dikahwinkan semula.

    (2) Arnab Arnab

  • Mengenal Pasti Anak Arnab yang Baru Lahir 
    Setelah arnab betina tersebut beranak, pastikan anak-anak arnab berada dalam kotak sarang. Jika terdapat anak arnab berada diluar kotak sarang, masukan dalam kotak sarang supaya tidak kesejukan.

    Apabila sudah memegang salah satu dari anak-anak amab, tangan yang sama hendaklah disapukan untuk seketika pada hidung ibunya, ini untuk mengelakkan ibu tersebut menyingkirkan atau membunuh anaknya kerana terdapat bau lain pada badan anaknya.

    Anak arnab yang baru lahir berkeadaan bogel (tidak mempunyai bulu), buta dan pekak. Bulu akan mula tumbuh pada umur seminggu. Sementara mata dan telinga akan berfungsi pada hari ke 7 hingga ke 10.

    Pada masa ini makanan utama ialah susu dari ibunya. Sehinggalah pada umur umur 14-16 hari anak arnab akan keluar dari kotak sarang dan mula cuba makan makanan ibunya.

  • Masa yang sesuai bagi Ibu Arnab Menyusukan Anak
    lbu arnab akan menyusukan anaknya pada waktu malam. Biasanya sebanyak sekali dan paling kerap sebanyak dua kali sahaja. Yang paling penting dalam pemberian susu ini ialah susu awalan. Oleh kerana pemberian susu hanya sekaii atau dua kali, ini sudah tentu tidak mencukupi terutama disiang hari. Setiap kali ibu arnab masuk kedalam kotak sarang, anaknya akan cuba menyusu tetapi biasanya ibu arnab tersebut tidak akan memberi susu. Keadaan ini adalah normal dan tidak perlu dibimbangkan.

  • Ibu Angkat : Langkah yang perlu dilakukan sekiranya anak Arnab melebihi dari bilangan Puting Susu Ibunya
    Sekiranya bilangan anak melebehi bilangan puting susu ini sudah tentu menimbulkan masalah. Bilangan puting susu biasanya lapan. Oleh itu anak yang lebih perlu diberi kepada ibu angkat.

    Pemilihan ibu angkat ialah dengan memilih ibu amab yang telah beranak dalam masa 48 jam dalam masa anak arnab itu lahir. Anak arnab yang diletakkan pada ibu angkat perlu dftandakan dengan warna pada bahagian kepala.

    Kemudian sapukan apa-apa wangi-wangian kepada ibu dan semua anak termasuk anak amab tersebut yang berada dalam kotak sarang yang sama. Wangian tersebut akan menutup perbezaan bau antara anak betul dan anak angkat.

    Susu awalan ini hanya pada tiga hari yang pertama dan mengandungi antibodi untuk ketahanan badan anak. Oleh itu pastikan anak arnab mendapat susu awalan tersebut. Susu selepas tempoh tersebut adalah susu blasa. Kemudian pemberian susu tersebut boleh diteruskan sehingga 2-4 minggu.

  • Cerai Susu : Waktu yang sesuai bagi Anak Arnab
    Anak arnab boleh dibiarkan dalam sangkar ibunya dari umur sehari hingga mencapai peringkat cerai susu. Umur cerai susu ialah umur anak amab dipisahkan terus dari ibunya. Biasanya apabila anak anak amab berumur 1 bulan.

    Selepas itu anak arnab boleh dibuat pemilihan iaku sama ada untuk dijadikan baka atau untuk tujuan pengemukan. Pemillhan untuk dijadikan baka heridaklah berdasarkan kepada rekod prestasi yang dicatik dari masa kesemasa.

    Setiap amab yang dipilih hendaklah dilekatkan tag telinga sebagai tanda pengenalan individu. Anak-anak amab ini hendaklah disimpan dalam sangkar individu ataupun 2 ekor dalam satu sangkar.

    Setelah dibuat pemilihan untuk baka, baki anak-anak amab yang tidak dilpilih akan dijadikan untuk pengemukan (pengeluaran daging). Anak-anak amab ini boleh disimpan dalam sangkar secara kumpulan seiama 30-45 hari lagi.

  • Jantina : Menentukan Jantina Anak Arnab (semasa kecil)
    Anak arnab boleh dibiarkan dalam sangkar ibunya dari umur sehari hingga mencapai peringkat cerai susu. Umur cerai susu ialah umur anak amab dipisahkan terus dari ibunya. Biasanya apabila anak anak amab berumur 1 bulan.

    Selepas itu anak arnab boleh dibuat pemilihan iaku sama ada untuk dijadikan baka atau untuk tujuan pengemukan. Pemillhan untuk dijadikan baka heridaklah berdasarkan kepada rekod prestasi yang dicatik dari masa kesemasa.

    Setiap amab yang dipilih hendaklah dilekatkan tag telinga sebagai tanda pengenalan individu. Anak-anak amab ini hendaklah disimpan dalam sangkar individu ataupun 2 ekor dalam satu sangkar.

    Setelah dibuat pemilihan untuk baka, baki anak-anak amab yang tidak dilpilih akan dijadikan untuk pengemukan (pengeluaran daging). Anak-anak amab ini boleh disimpan dalam sangkar secara kumpulan selama 30-45 hari lagi.

    (3) Cara Mudah Menternak Arnab

    Menternak arnab adalah mudah dan boleh dilakukan oleh ahli keluarga yang lemah seperti suri-suri rumah dan anak-anak. Peternakan arnab boleh juga dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa.

    Disamping membekal keperluan protein kepada keluarga dan negara, ia boleh menjadi sumber pendapatan sampingan kepada aktiviti utama sesebuah keluarga.

    Sebelum menternak secara komersial elok mulakan secara kecilan dulu. Kemudian apabila sudah mempunyai keupayaan, kemahiran dan pengalaman bolehiah memikirkan untuk menjalankannya secara komersial dengan cara besarkan pelahan-lahan.

    Untuk memulakan secara kecilan anda perlu sediakan/dapatkan beberapa perkara yang di bawah ini,
  • Sebuah sangkar dawai BRC (10-14 gauge) berukuran 2 ka x 3 ka x 1.5 ka setiap sangkar. Setiap sangkar untuk menempatkan seekor arnab baka.
  • Reban kecil untuk memuatkan sangkar di dalamnya berukuran lebihkurang 4 ka x 22 ka x 6 ka. Sangkar dimasukkan dalam reban ini. Bumbung hendaklah dipasang bersama.
  • Sumber air minuman yang bersih dan segar.
  • Sumber makanan yang berzat, bersih dan segar.
  • 5 buah kotak sarang plastik, 6 buah bekas makanan tembikar dan 6 buah bekas minuman.
  • 1 set arnab dewasa berumur 3-5 bulan iaitu 1 ekor jantan dan 5 ekor betina.
   
    Pada permulaan adalah dinasihatkan mengunakan baka kacukan tempatan yang lebih murah berbanding mengunakan arnab import dan arnab kacukan tempatan lebih mudah dibeli. Setelah itu bolehlah mengunakan arnab baka pedaging yang diimport.

    (4) Hasil Sampingan (Kulit Arnab)

    Kulit yang bermutu datangnya dari arnab yang berumur 5-6 bulan keatas dan diperolehi dari baka-baka jurusan pengeluaran fur (seperti Flemish Giant). Sementara kulit dari arnab pedaging berumur antara 2-3 bulan sahaja. Kulit adalah hasil sampingan dalam peternakan arnab pedaging (seperti New Zealand White).

    Dari kulit arnab pedaging tersebut juga boleh dibuat :
  • Glu (gam)
  • Baja (baja kompos)

    (5) Khidmat Nasihat

    Anda boleh menghubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berhampiran. Ataupun menghubungi terus ke lbu Pejabat Perkhidmatan Haiwan seperti alamat di bawah:

  • IBU PEJABAT PERKHIDMATAN HAIWAN, TINGKAT 8 & 9, BLOK A, WISMA CHASE PERDANA, OFF JALAN SEMANTAN, BUKIT DAMANSARA, 50630 KUALA LUMPUR.[u.p: UNIT PEDAGING (ARNAB)
  • TEL: 03-2540077 SAMBUNGAN: 144 dan 145

Tiada ulasan:

Catat Ulasan